+60341443077, +60341443277

Hibah, jatuh sebagai harta pusaka atau tidak?

Hibah, jatuh sebagai harta pusaka atau tidak?

Hibah tidak dikira sebagai harta pusaka sekiranya hibah itu sah dan mengikut syarat.

Contoh situasi:

Zara merupakan anak angkat kepada Ali dan Nani. Ali dan Nani telah memberikan sebuah rumah teres kepada Zara. Ibu dan ayah angkat Zara juga telah menukarkan terus nama di dalam geran kepada nama Zara.

Beberapa tahun kemudian, Ali dan Nani ditimpa kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Zara didatangi oleh adik-beradik kandung ibu dan ayah angkatnya meminta rumah teres itu dikembalikan pada mereka atas alasan rumah itu adalah harta pusaka Ibu dan Ayah mereka, anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka.

Walhal Arwah telah memberi rumah itu kepada Zara secara rela sewaktu mereka hidup lagi. Nama juga sudah bertukar dan telah menjadi milik sempurna Zara.

Oleh yang demikian, transaksi pindah milik rumah telah berlaku kepada Zara, Hibah itu sah dan tidak dikira sebagai harta pusaka.

Maka, adik beradik kepada Ali dan Nani tidak layak meminta pusaka daripada rumah tersebut melainkan jika anak angkat tersebut bersetuju untuk memberinya kepada mereka.

Nota: Sekiranya kita masih ada waris-waris lain, hendaklah menzahirkan pemberian tersebut kepada keluarga kandung yang lain ketika masih hidup supaya tiada prasangka buruk dan dakwaan sesama waris-waris.Penulisan semula oleh PusakaHub.

Sumber asal:http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1718-harta-hibah-kepada-anak-angkat