+60341443077, +60341443277
Panduan

Setelah perginya seseorang

Kami menyediakan panduan ini supaya dapat membantu anda mengetahui apa yang perlu dilakukan setelah seseorang itu meninggal dunia. Kami memahami ketika ini merupakan saat yang sukar dan menyedihkan bagi anda. Oleh itu, kami ingin membantu anda untuk memahami apa proses yang perlu anda lakukan di saat kematian seseorang.

PANDUAN TENTANG PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA

Terdapat tiga (3) perkara utama yang perlu anda lakukan apabila seseorang itu meninggal dunia:

  • Menguruskan jenazah
  • Melangsaikan hutang-hutang Si Mati
  • Menguruskan pembahagian harta pusaka Si Mati

Apabila berlaku kematian, mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik ataupun hospital.

Terdapat dua (2) kaedah mendaftar kematian biasa:

Kaedah Pertama: Tindakan Agensi Pengesah Kematian (Hospital, PDRM, DBKL)

  • Menerima maklumat kematian daripada pemaklum;
  • Mengesah dan mengeluarkan Daftar kematian/ Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) dan menyerahkan berwarna biru kepada pemaklum kematian;
  • Menghantar salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna kelabu kepada JPN yang berhampiran dalam masa 7┬áhari bekerja dan JPN akan merekodkan maklumat kematian di dalam sistem I-JPN. Pemaklum atau waris si mati boleh mengambil sijil kematian di pejabat JPN yang telah ditetapkan.

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemaklum atau waris si mati semasa hadir ke pejabat jpn:

  1. Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
  4. Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.

Individu yang layak membuat kutipan sijil kematian:

  1. Ibu atau bapa si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Anak-anak si mati;
  4. Adik-beradik kandung si mati
  5. Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

– Tiada bayaran yang dikenakan.

(Sumber: JPN)

Kaedah Kedua: Pendaftaran Melalui Waris Si Mati Atau Pemaklum Kematian

  • Melaporkan kematian kepada Agensi Pengesah Kematian (Hospital atau Polis atau DBKL);
  • Menerima salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna biru daripada agensi pengesah kematian;
  • Menyerahkan satu salinan JPN.LM02 (Pin.1/11) kepada Penjaga Tanah Kubur untuk tujuan pengebumian; dan
  • Hadir ke JPN berdekatan untuk mendaftar dan mendapatkan Sijil Kematian.

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris si mati semasa hadir ke pejabat jpn:

  1. Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum;
  4. Perakuan oleh Pengamal Perubatan Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem) mengenai sebab-sebab kematian sekiranya kematian berlaku di hospital.

Individu yang layak membuat permohonan:

  1. Ibu atau bapa si matI;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Anak-anak si mati;
  4. Adik-beradik kandung si mati;
  5. Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

Hubungi Kami





RRM Advisors Sdn Bhd
Chambers Unit E-7-02, Jalan PJU 1A/7A
Oasis Square Ara Damansara, 47301
Petaling Jaya, Selangor

+60341443077, +60341443277

+60341443577