+60341443077, +60341443277
Tentang Kami
APA ITU PUSAKA HUB?
“Pusaka” membawa maksud harta benda yang ditinggalkan oleh individu yang meninggal dunia atau harta yang diwariskan secara turun-temurun.

“Hub” yang berasal daripada bahasa Inggeris membawa maksud sebuah pusat.

MENGENAI PUSAKA HUB
Pusaka Hub ialah sebuah produk yang diwujudkan oleh gabungan beberapa individu pengamal undang-undang dalam bidang sivil dan Syariah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam pengurusan harta pusaka di Malaysia.
Pusaka Hub menawarkan perkhidmatan berbentuk kit pengurusan harta pusaka yang mengandungi khidmat yang pelbagai seperti khidmat nasihat, penulisan wasiat, penulisan hibah dan dokumen-dokumen lain mengenai pengurusan harta pusaka.
Pusaka Hub juga mempunyai impian untuk menjadi “one stop center” bagi menguruskan segala hal berkaitan harta orang Islam, tidak kira sama ada masih hidup atau sesudah meninggal dunia.
MENGAPA PUSAKA HUB

Sebanyak RM60 billion harta pusaka yang tidak dituntut dan dibekukan sejak kemerdekaan Negara kita. Oleh itu, Pusaka Hub mengambil inisiatif sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan masalah harta pusaka terabai dengan memberi khidmat rundingan dan nasihat secara percuma serta menawarkan produk perkhidmatan kami pada harga yang berpatutan.

Produk Perkhidmatan yang kami sediakan adalah:

  • Penulisan Wasiat
  • Penulisan Deklarasi Hibah
  • Penulisan Surat Ikatan Amanah
  • Khidmat nasihat mengenai Hukum Faraid
  • Khidmat rundingan mengenai pengurusan harta pusaka

Hubungi Kami





RRM Advisors Sdn Bhd
Chambers Unit E-7-02, Jalan PJU 1A/7A
Oasis Square Ara Damansara, 47301
Petaling Jaya, Selangor

+60341443077, +60341443277

+60341443577